FoodManager

697
0
Personal use. Just in test

d1c58984-504d-11ed 9221-0e76797a4f7b

Sos Kicap Doon

970
0
0
Pada tahun 2019, Penduduk Malaysia semakin bertambah. Permintaan dan keperluan terhadap makanan yang berasaskan sos, kicap dan cuka sebagai makanan pelengkap kepada masakan dan makanan. Penyediaan makanan yang patuh syariah dan suci adalah merupakan satu keperluan utama pada hari ini. Bermula pada tahun 2000, perniagaan Shaidon bin Awang telah memasuki pasaran dengan jenama “Doon” yang membawa sos cili, diikuti dengan kicap dan cuka. Perniagaan ini mengutamakan makanan yang suci dari aspek sumber dan proses penyediaan yang patuh syariah. Kini sos,kicap dan cuka jenama ‘DOON’ telah menembusi sebahagian besar pasaran dalam Kedah. Visi syarikat ini adalah sebagai Pembekal Sos, Kicap dan Cuka yang patuh syariah di Kedah dan Malaysia. Sebagai pengilang dan pembekal utama produk jenama ‘DOON’, syarikat Shaidon Bin Awang Empire Sdn. Bhd. telah melebarkan sayap perniagaannnya. Nilai utama rangkaian produk keluarannya ialah Suci, Bersih dan Jimat. Tawaran nilai ini dilihat sebagai pelengkap kepada keperluan dan penyelesaian kepada isu utama makanan yang berasaskan sos, kicap dan cuka. Produk yang suci merupakan keperluan utama semua bangsa, agama dan etnik. Bermula dari proses penyediaan hingga ke pengedaran, syarikat ini menitikberatkan mutu proses agar ia selari dengan visi syarikat. Patuh syariah adalah asas pengurusan dan urusan dalam perniagaannya.

840745ad-504e-11ed 9221-0e76797a4f7b

Next